LITTLE ONES EDUWORLD PRE-SCHOOL

Mengabung-jalinkan kaedah pembelajaran 'hands-on' dengan kaedah "ex-learning" ie. EXPLORE-EXPERIENCE-EXPLAIN-EXEMPLIFY-EXCELLENCE.

Graduation 2009

Graduation 2009

small WORLD...BIG hope!

small WORLD...BIG hope!

Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang Tahun 2012

Salam...

Sebelum nak ucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011, saya rasa adalah lebih baik saya wartakan dulu imbasan kenangan tentang apa yang telah berlaku sepanjang tahun tersebut...

Pada saya, 2011 telah memberikan kenangan terindah kerana pada tahun ini antara kejadian yang terbesar dalam hidup ini adalah:

1) Saya telah pun berjaya menghabiskan pembelajaran postgrad saya dalam bidang Management. Syukur padaMu ya Allah... seronok sangat..rasa macam free the head.
2) Pada tahun ini juga saya telah berangkat ke tanah suci Mekah (dalam bulan Feb'2011) untuk menunaikan Umrah dimana kali terakhir saya menziarahinya adalah pada tahun 2001...wow 10 tahun tho...
3) Tahun ni peningkatan bagi student yang graduate dengan sistem Little Ones di Bangi adalah seramai 6 orang... (yeah meningkat 4 ornag) Alhamdulillah...

Itulah serba sedikit tentang kenangan terindah... So azam tahun ini (2012), saya akan lebih giat untuk membuat yang terbaik dan focus kepada tadika Little Ones Bangi ini... diharapkan anda doakan yang terbaik untuk kami ye..

Sunday, September 18, 2011

Semangat baru...

Salam semua,

Apa kabar semua? Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya minal aidil wal faizin kan?.. semoga ramadhan kali ini dapat memberi penghayatan yang terbaik dari segi tarbiah rohani kita semua... Sebenarnya sudah lama saya tidak menulis diblog ini...sekarang ni dah ada banyak sikit masa (rasanya) dan insyaAllah akan senantiasa menulis untuk update cerita-cerita anak-anak saya di TG....


Wednesday, December 1, 2010

Open Day 2010..

Kepada semua ibu bapa:-

Anda dijemput hadir pada open day TADIKA GENERASIKU pada 3hb Dec 2010 ini bertempat di No.1, Jln 3/74, Sek.3 Bandar Baru Bangi (berhampiran klinik kesihatan), jam 9am...

kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Terima kasih

Sunday, January 24, 2010

Back to School

Salam semua


Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak di Tadika Generasiku, Sek.3, Bdr Baru Bangi.Semoga tahun tahun 2010 ini akan lebih memberi kekuatan kepada TG untuk terus mendidik anak-anak kami dengan lebih sempurna..
Kepada ibubapa yang masih tercari-cari tadika untuk anak mereka, kami di TG menerima pendaftaran anak-anak seawal 3 tahun sehingga 6 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi teacher Fariha di talian 603-89203023.

The registration fee is RM100.00 ONLY.


ABOUT TADIKA GENERASIKU....Tadika Generasiku is one of the kindergartens that use “Little Ones Eduworld Preschool System (LOEPS)”. Little Ones Eduworld Preschool System is a proven Islamic-English- Creative pre-school program that helps pre-school children to realize their best spiritual, cognitive, socio-emotional and physical potential. LOEPS has a set of proven creative methodologies for teaching the children the meaningful foundation of Islam, learning and living skills.

LIST OF LITTLE ONES EDUWORLD PRE-SCHOOL


SHAH ALAM Seksyen 4 03-55101908 / 019-2271908 Sek 7, tel:014-6644223 / 012-6080337
BDR. BARU BANGI (Tadika Generasiku)No1, Jln 3/74, Sek 3, tel:03-89203023/ 017-2561963
RAWANG Bandar Country Homes03-60927609/ 019-2360684

KOTA BHARU Jalan Dato’ Lundang 09-7472594 / 013-9830508
PASIR PUTIH Kelubi, Jalan Kota Bharu 019-2271908 / 014-8372240
SERI MANJUNGFasa 3E019-5942018 / 05-6883292


Our teachers are among dedicated and qualified: -

· Nur Fariha Rasid – (Dip. In Psychology, Degree in Psychology)

· Fatin Abdul Rahim – (Dip. In Islamic Studies)

· Siti Sara Azmi – (SPM, STPM)

Tuesday, January 12, 2010

Back to school : Little ones preschool

Salam semua..

Selamat bertemu kembali. Saya sudah lama tidak menulis. Pejam celik sudah masuk ke tahun 2010. Tahun ini adalah tahun yang amat bermakna bagi saya kerana anak sulung saya, Fathi sudah masuk kelas 6 tahun. Tahun ini jugalah penetu masa depannya. Ini kerana saya inginkan dia berjaya masuk darjah satu di Sekolah Al-amin BBB. Bagi saya, sekolah tersebut adalah antara sekolah yang mementingkan pendidikan duniawi dan ukhrawi. Untuk memasuki sekolah tersebut, Fathi harus lulus ujian yang ditentukan oleh pihak sekolah terlebih dahulu.

Tahun lepas, seorang daripada pelajar sekolah Little Ones Preschool berjaya memasuki sekolah tersebut. Saya mengharapkan Fathi begitu juga kerana beliau bersekolah ditempat yang sama. Kini saya harus memantau Fathi dengan lebih banyak lagi..setiap hari saya meminta dia membuat ulagkaji di rumah agar dia lebih mantap. Alhamdulillah, saya bersyukur beliau sudah mampu membaca dan menghafal surah kecil..terima kasih teacher LOEP..semoga teacher senantiasa merestui ilmu yang diajarkan keatas Fathi..

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Assalamualaikum wtb...
Dikesempatan ini saya bagi pihak tadika generasiku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kepada semua especially guru-guru tadika, parents, & anak-anak tadika generasiku...
Semoga Aidil Fitri kali ini lebih bermakna kepada semua...

Saturday, June 14, 2008

Cabaran Baru Bermula....

Salam semua... terima kasih kepada mereka yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih jua kepada mereka yang sudi memberi sedikit komen kepada mana-mana topik yang diperkatakan disini. Suka saya ingatkan tujuan utama blog ini diadakan adalah untuk berkongsi cerita tentang pendidikan awal anak-anak. Baru-baru ini saya ada hubungi salah seorang kawan lama dan telah pun berkongsi tentang sistem pendidikan awal anak-anak mereka. Banyak yang memberi tahu akan pentingnya IT dan pendekatannya terhadap anak-anak zaman kini. Suka sekali saya mengajak ibubapa yang ada peristiwa atau cerita menarik untuk dikongsi kepada saya dan pembaca lain tentang pendapat mereka akan sistem pendidikan lain yang lebih menarik perhatian mereka. Bahawasanya of course, sistem yang saya cuba ketengahkan disini adalah sistem yang bernama Little Ones Pre-school.
Ok, untuk perhatian ibubapa sekalian, seandainya ibubapa semua ingin tahu lebih lanjut mengenai anak-anak anda dan ingin bertanya mengenai sifat atau sikap anak-anak berdasarkan pendapat pisikologi, jangan segan untuk bertanya kepada saya. Kami di Little Ones ada pakar rujuk yang berwibawa dan aktif dalam penceramahan tentang anak-anak yang cenderung normal sehinggalah cenderung hyperactive. Kami di Little Ones juga ada doktor rujuk yang bertauliah dan kami senantiasa bersedia untuk membantu anda jika anda menghadapi masalah untuk memilih tempat pembelajaran anak anda.
Untuk perhatian ibubapa sekalian, saya sendiri memiliki masalah yang sama. Saya mengakui bahawa anak saya juga tergolong dalam golongan yang active. Namun Alhamdulillah saya gembira dengan sistem Little Ones ini, minda aktif anak saya tidak disiakan. Cabaran saya baru sahaja bermula. Pada mereka yang ingin melihat perubahan besar anak-anak anda, jangan segan untuk bertanya. Pepatah melayu ada mengatakan, Malu bertanya sesat jalan. Jangan biarkan anak-anak kita menyalahkan kita kerana meletakkan mereka disekolah yang salah. Ingatlah, penerimaan pelajaran pertama anak-anak kita bermula seawal nurseri. Jika kita salah mencorakkan mereka, maka kain yang putihnya tadi telah bertukar menjadi corak-corak yang tidak boleh dipadam lagi.
Teringat saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang pelajar yang berumur 5 tahun tentang pemahamannya mengenai Nabi Allah Adam a.s. Beliau mengatakan bahawa Nabi Adam itu adalah anak Tuhan seperti yang diceritakan oleh teacher disekolah lamanya. Nauzubillah. Alhamdulillah, di Tadika Generasiku, kami telah pun memperbetulkan semula pemahamannya tentang Nabi-nabi tersebut. Namun bagaimana pula halnya dengan anak-anak lain diluar sana. Mampukah ibubapa zaman ini menjaga iman dan syahadah anak-anak mereka. Saya faham benar dengan perkataan "tiada masa" oleh ibubapa masakini. Ya! memang benar. Saya juga teramat sibuk sebagai Sr. Finance Officer di Medical Interest Group Sdn Bhd. At the same time, saya juga amat sibuk dengan urusan Tadika dibawah kelolaan saya diBBB. Saya juga sibuk dengan tugas seorang penuntut luar kampus bagi jurusan Master Pengurusan. Dan,... paling penting, saya juga sibuk dengan tanggungjawab seorang Ibu serta Isteri. So, untuk menjadi perfect dalam semua perkara ini memerlukan pengorbanan yang tinggi. Saya akur dengan disiplin ini, dan saya yakin kita semua mampu menjadi seorang manusia yang berjaya dunia dan akhirah. Amin.