Salam semua..
Selamat bertemu kembali. Saya sudah lama tidak menulis. Pejam celik sudah masuk ke tahun 2010. Tahun ini adalah tahun yang amat bermakna bagi saya kerana anak sulung saya, Fathi sudah masuk kelas 6 tahun. Tahun ini jugalah penetu masa depannya. Ini kerana saya inginkan dia berjaya masuk darjah satu di Sekolah Al-amin BBB. Bagi saya, sekolah tersebut adalah antara sekolah yang mementingkan pendidikan duniawi dan ukhrawi. Untuk memasuki sekolah tersebut, Fathi harus lulus ujian yang ditentukan oleh pihak sekolah terlebih dahulu.
Tahun lepas, seorang daripada pelajar sekolah Little Ones Preschool berjaya memasuki sekolah tersebut. Saya mengharapkan Fathi begitu juga kerana beliau bersekolah ditempat yang sama. Kini saya harus memantau Fathi dengan lebih banyak lagi..setiap hari saya meminta dia membuat ulagkaji di rumah agar dia lebih mantap. Alhamdulillah, saya bersyukur beliau sudah mampu membaca dan menghafal surah kecil..terima kasih teacher LOEP..semoga teacher senantiasa merestui ilmu yang diajarkan keatas Fathi..
No comments:
Post a Comment