LITTLE ONES EDUWORLD PRE-SCHOOL

Mengabung-jalinkan kaedah pembelajaran 'hands-on' dengan kaedah "ex-learning" ie. EXPLORE-EXPERIENCE-EXPLAIN-EXEMPLIFY-EXCELLENCE.

Graduation 2009

Graduation 2009

small WORLD...BIG hope!

small WORLD...BIG hope!

Monday, May 19, 2008

Parent's Day & Teacher's Day

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah baru-baru ni kami telah berjaya melangsungkan satu majlis sambutan Hari Ibubapa & Guru pada 17hb Mei 08. Saya bersyukur kerana majlis ini mendapat sokongan padu daripada pihak ibubapa. Sambutan ini berlangsung dengan meriah sekali. Pelbagai acara menarik telah berlangsung. Antaranya, pemberian hadiah hasil kerja tangan anak-anak kepada ibubapa, pameran (pakaian, buku, ubatan), dan "consultation from our panel doctor".

Saya berasa sungguh berbesar hati melihat kegembiraan diwajah anak-anak, ibubapa dan guru-guru Tadika Generasiku. Terima kasih tidak terhingga khas daripada saya kepada ibubapa dan guru-guru. Semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan anda. Pada mereka yang telah membawa hidangan makanan, terima kasih sekali lagi diucapkan.

Thursday, May 8, 2008

Sebagai International Pre-School





Assalamualaikum

Sekali lagi kita bertemu disini. Kali ini kita akan terus membincangkan berkenaan 'mereka' yang tersayang. Suka sekali saya berkongsi dengan anda tentang artikel yang ditunjukkan disebelah. Ini adalah keratan dari majalah pa&ma. Ini bukan tadika saya sendiri tetapi contoh tadika yang pertama memulakan konsep Little Ones Eduworld Pre-School, di Shah Alam. Saya tentunya mengimpikan tadika yang serba lengkap seperti ini tetapi saya harus bersabar kerana saya baru sahaja bermula. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah sehingga tarikh hari ini sahaja saya telah mempunyai lebih kurang 22 anak-anak "GENERASIKU". Mereka inilah yang akan memberikan value-added kepada produk yang dikeluarkan nanti. Sehingga kini, tadika ini sudah boleh dikategorikan sebagai International Pre-School kerana mempunyai pelajar-pelajar dari negara yang berlainan iaitu Jepun, Indonesia, dan Malaysia sendiri. Saya sudah pastinya akan mengekalkan status itu untuk tahun-tahun yang berikutnya. InsyaAllah, Amin.

Wednesday, May 7, 2008

Bermula dengan Iklan


Saya mula tertarik dengan Little Ones ini bermula dengan Iklan yang meyakinkan. Kebetulan pula adik perempuan saya (yang kini menjadi pengetua Tadika GENERASIKU) sedang berkhidmat di Tadika Sikecil Pintar - Shah Alam dibawah program yang sama iaitu Little Ones.
Program ini berjaya melontarkan bakat sikecil dengan mengimbangi fikrah Islami itu sendiri. Saya bersyukur kepada Allah kerana ditemukan sistem yang terbaik setakat ini. Alhamdullillah, kini saya bukan hanya dapat membuka perniagaan tadika ini bahkan juga dapat memanfaatkan sistem pembelajaran ini kepada anak sulung saya.

Assalamu'alaikum

8 Mei 2008
Hari ini adalah hari pertama saya membuka blog. Saya berasa sungguh teruja dan ingin belajar lebih lagi mengenai blog ini. Jika anda belum mengenali saya, anda boleh la melihat biodata saya sekali lalu. Walaubagaimana pun saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sekalian tentang hal-hal berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Untuk pengetahuan anda saya punyai sebuah Tadika di Sek.3 Tambahan BBB dibawah produk franchise Little Ones Eduworld Pre-school. Program ini sangat bagus dan dimiliki sepenuhnya oleh orang melayu Islam. Foundernya adalah lulusan Master dalam Pisikologi Kaunseling Perkembangan Kanak-kanak iaitu Pn Wan Roslina. Untuk makluman lanjut bolehlah melayari http://www.littleones.com.my.
Selain itu jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini bolehlah hubungi Pengetua Tadika bagi salah satu outlet Little Ones ini iaitu Teacher Fariha 017-2561963 yang juga merupakan lulusan Dip. Pisikologi Kaunseling. Saya akan ceritakan kelebihan silibus Little Ones ini kepada anda sedikit demi sedikit. Buat masa ini tadika saya baru sahaja beroperasi dan salah seorang student pioneer Tadika Generasiku adalah anak sulung saya sendiri yang bernama Fathi. Beliau berumur 4 tahun sekarang ini. Perkembangannya akan saya kongsikan bersama anda. Mungkin anda lebih berminat mengetahui tentang hasil sesuatu produk yang ingin dijualkan.
Ya. silibus ini ditawarkan kepada kanak-kanak seawal 3 tahun. Walaupun anak saya agak terlewat setahun, tetapi saya tidak akan berputus asa. Kenapa buka tadika ini? Ini adalah kerana saya yang berada di BBB inginkan anak saya mengikuti program Little Ones. Tetapi, lokasi yang berhampiran hanya di Shah Alam sahaja. Oleh yang demikian demi anak yang tercinta mendapatkan ilmu yang betul sempurna seawal tadika, saya sanggup membayar modal sebanyak RM500K untuk beliau. Apa kelebihan Little Ones ini? Saya ceritakan satu persatu kepada anda dari hari ke hari. Terpulang kepada anda ingin bersama berkongsi pengalaman ini atau tidak