8 Mei 2008
Hari ini adalah hari pertama saya membuka blog. Saya berasa sungguh teruja dan ingin belajar lebih lagi mengenai blog ini. Jika anda belum mengenali saya, anda boleh la melihat biodata saya sekali lalu. Walaubagaimana pun saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sekalian tentang hal-hal berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Untuk pengetahuan anda saya punyai sebuah Tadika di Sek.3 Tambahan BBB dibawah produk franchise Little Ones Eduworld Pre-school. Program ini sangat bagus dan dimiliki sepenuhnya oleh orang melayu Islam. Foundernya adalah lulusan Master dalam Pisikologi Kaunseling Perkembangan Kanak-kanak iaitu Pn Wan Roslina. Untuk makluman lanjut bolehlah melayari http://www.littleones.com.my.
Selain itu jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini bolehlah hubungi Pengetua Tadika bagi salah satu outlet Little Ones ini iaitu Teacher Fariha 017-2561963 yang juga merupakan lulusan Dip. Pisikologi Kaunseling. Saya akan ceritakan kelebihan silibus Little Ones ini kepada anda sedikit demi sedikit. Buat masa ini tadika saya baru sahaja beroperasi dan salah seorang student pioneer Tadika Generasiku adalah anak sulung saya sendiri yang bernama Fathi. Beliau berumur 4 tahun sekarang ini. Perkembangannya akan saya kongsikan bersama anda. Mungkin anda lebih berminat mengetahui tentang hasil sesuatu produk yang ingin dijualkan.
Ya. silibus ini ditawarkan kepada kanak-kanak seawal 3 tahun. Walaupun anak saya agak terlewat setahun, tetapi saya tidak akan berputus asa. Kenapa buka tadika ini? Ini adalah kerana saya yang berada di BBB inginkan anak saya mengikuti program Little Ones. Tetapi, lokasi yang berhampiran hanya di Shah Alam sahaja. Oleh yang demikian demi anak yang tercinta mendapatkan ilmu yang betul sempurna seawal tadika, saya sanggup membayar modal sebanyak RM500K untuk beliau. Apa kelebihan Little Ones ini? Saya ceritakan satu persatu kepada anda dari hari ke hari. Terpulang kepada anda ingin bersama berkongsi pengalaman ini atau tidak
No comments:
Post a Comment