LITTLE ONES EDUWORLD PRE-SCHOOL

Mengabung-jalinkan kaedah pembelajaran 'hands-on' dengan kaedah "ex-learning" ie. EXPLORE-EXPERIENCE-EXPLAIN-EXEMPLIFY-EXCELLENCE.

Graduation 2009

Graduation 2009

small WORLD...BIG hope!

small WORLD...BIG hope!

Saturday, June 14, 2008

Cabaran Baru Bermula....

Salam semua... terima kasih kepada mereka yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih jua kepada mereka yang sudi memberi sedikit komen kepada mana-mana topik yang diperkatakan disini. Suka saya ingatkan tujuan utama blog ini diadakan adalah untuk berkongsi cerita tentang pendidikan awal anak-anak. Baru-baru ini saya ada hubungi salah seorang kawan lama dan telah pun berkongsi tentang sistem pendidikan awal anak-anak mereka. Banyak yang memberi tahu akan pentingnya IT dan pendekatannya terhadap anak-anak zaman kini. Suka sekali saya mengajak ibubapa yang ada peristiwa atau cerita menarik untuk dikongsi kepada saya dan pembaca lain tentang pendapat mereka akan sistem pendidikan lain yang lebih menarik perhatian mereka. Bahawasanya of course, sistem yang saya cuba ketengahkan disini adalah sistem yang bernama Little Ones Pre-school.
Ok, untuk perhatian ibubapa sekalian, seandainya ibubapa semua ingin tahu lebih lanjut mengenai anak-anak anda dan ingin bertanya mengenai sifat atau sikap anak-anak berdasarkan pendapat pisikologi, jangan segan untuk bertanya kepada saya. Kami di Little Ones ada pakar rujuk yang berwibawa dan aktif dalam penceramahan tentang anak-anak yang cenderung normal sehinggalah cenderung hyperactive. Kami di Little Ones juga ada doktor rujuk yang bertauliah dan kami senantiasa bersedia untuk membantu anda jika anda menghadapi masalah untuk memilih tempat pembelajaran anak anda.
Untuk perhatian ibubapa sekalian, saya sendiri memiliki masalah yang sama. Saya mengakui bahawa anak saya juga tergolong dalam golongan yang active. Namun Alhamdulillah saya gembira dengan sistem Little Ones ini, minda aktif anak saya tidak disiakan. Cabaran saya baru sahaja bermula. Pada mereka yang ingin melihat perubahan besar anak-anak anda, jangan segan untuk bertanya. Pepatah melayu ada mengatakan, Malu bertanya sesat jalan. Jangan biarkan anak-anak kita menyalahkan kita kerana meletakkan mereka disekolah yang salah. Ingatlah, penerimaan pelajaran pertama anak-anak kita bermula seawal nurseri. Jika kita salah mencorakkan mereka, maka kain yang putihnya tadi telah bertukar menjadi corak-corak yang tidak boleh dipadam lagi.
Teringat saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang pelajar yang berumur 5 tahun tentang pemahamannya mengenai Nabi Allah Adam a.s. Beliau mengatakan bahawa Nabi Adam itu adalah anak Tuhan seperti yang diceritakan oleh teacher disekolah lamanya. Nauzubillah. Alhamdulillah, di Tadika Generasiku, kami telah pun memperbetulkan semula pemahamannya tentang Nabi-nabi tersebut. Namun bagaimana pula halnya dengan anak-anak lain diluar sana. Mampukah ibubapa zaman ini menjaga iman dan syahadah anak-anak mereka. Saya faham benar dengan perkataan "tiada masa" oleh ibubapa masakini. Ya! memang benar. Saya juga teramat sibuk sebagai Sr. Finance Officer di Medical Interest Group Sdn Bhd. At the same time, saya juga amat sibuk dengan urusan Tadika dibawah kelolaan saya diBBB. Saya juga sibuk dengan tugas seorang penuntut luar kampus bagi jurusan Master Pengurusan. Dan,... paling penting, saya juga sibuk dengan tanggungjawab seorang Ibu serta Isteri. So, untuk menjadi perfect dalam semua perkara ini memerlukan pengorbanan yang tinggi. Saya akur dengan disiplin ini, dan saya yakin kita semua mampu menjadi seorang manusia yang berjaya dunia dan akhirah. Amin.

Wednesday, June 11, 2008

Terkenang....

Assalamu'alaikum semua,
Hopefully dengan berita kenaikan isu minyak sebanyak 40% yang berkuat-kuasa pada 5hb jun baru-baru ini tidak akan melemahkan semangat kita untuk terus memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Saya mengerti dalam keadaan ekonomi yang mendesak ini, kadang-kala ibubapa akan berfikir dua kali untuk meletakkan anak-anak mereka di sekolah yang agak costly seperti littleones.
Janganlah risau untuk berbelanja bagi tuyjuan pelajaran anak-anak. Saya percaya, Allah akan mempermudahkan kita semua jika berniat peruntukan sebahagian wang bagi tujuan untuk pencarian ilmu. Saya juga tidak ketinggalan merasa runsing diatas kesan kenaikan harga minyak ini. Kos saraan dan perbelanjaan Tadika pasti berubah dengan mendadak. Inilah yang harus kita semua sedari. Amalkan penjimatan terancang bagi mengelakkan masalah akan datang. Kami di Tadika Generasiku senantiasa mendidik anak-anak disini supaya mengerti tentang amalan menabung dan berjimat. Hanya dengan cara penjimatan terancang sahaja mampu menstabilkan kembali ekonomi negara kita. Wallahuaklam.

Wednesday, June 4, 2008

"School Holiday"

Assalamualaikum wtb
Cuti sekolah kembali lagi... semoga ibu bapa semua dapat meluangkan sedikit masa untuk anak-anak. Lihatlah sendiri kerja sekolah mereka, buku laporan mereka dan aktiviti mereka. Ingatlah bahawa pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab bersama!