LITTLE ONES EDUWORLD PRE-SCHOOL

Mengabung-jalinkan kaedah pembelajaran 'hands-on' dengan kaedah "ex-learning" ie. EXPLORE-EXPERIENCE-EXPLAIN-EXEMPLIFY-EXCELLENCE.

Graduation 2009

Graduation 2009

small WORLD...BIG hope!

small WORLD...BIG hope!

Wednesday, June 11, 2008

Terkenang....

Assalamu'alaikum semua,
Hopefully dengan berita kenaikan isu minyak sebanyak 40% yang berkuat-kuasa pada 5hb jun baru-baru ini tidak akan melemahkan semangat kita untuk terus memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Saya mengerti dalam keadaan ekonomi yang mendesak ini, kadang-kala ibubapa akan berfikir dua kali untuk meletakkan anak-anak mereka di sekolah yang agak costly seperti littleones.
Janganlah risau untuk berbelanja bagi tuyjuan pelajaran anak-anak. Saya percaya, Allah akan mempermudahkan kita semua jika berniat peruntukan sebahagian wang bagi tujuan untuk pencarian ilmu. Saya juga tidak ketinggalan merasa runsing diatas kesan kenaikan harga minyak ini. Kos saraan dan perbelanjaan Tadika pasti berubah dengan mendadak. Inilah yang harus kita semua sedari. Amalkan penjimatan terancang bagi mengelakkan masalah akan datang. Kami di Tadika Generasiku senantiasa mendidik anak-anak disini supaya mengerti tentang amalan menabung dan berjimat. Hanya dengan cara penjimatan terancang sahaja mampu menstabilkan kembali ekonomi negara kita. Wallahuaklam.

No comments: